Kawan-kawan ku

Sunday, December 12, 2010

Bila lelaki betul fall in ♥

Bila lelaki betul2 fall in ♥ dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia suka merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.


Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya… kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, wanita itu tidak akan bertemu lagi dengan lelaki yang sama....


Ok dis article i got from blog Cik Asmira.. aku terpikat dgn article ni sbb aku rasa ciri2 yg ada dlm list ni semua ada pada pasangan aku..yang mana tulisan purple tu ape yg die penah wat kat aku..mungkin kdg2 aku rasa rimas gile bile die cuba mengongkong,cemburu gile dan xbg aku bergaul dgn mana2 laki tapi dari sudut tepi dan secara positive thinking nya aku nampak bahawa dia betol2 sgt menyintai aku dan ingin aku dlm idup dia..dulu rasa give up dah dgn hubungan kami..tapi lepas baca article ni aku rasa yg aku perlu menghargai nya sebaik2 mungkin.. WAH!!! jiwang pulak makcik ni kan..hahaha xpe sesekali..doakan la hubungan kami ni menjadi..aminnnnnnnnnnnnnnn

21 comments:

Raji berkata said...

hak2 aku pun kena buat gak lah cmnih =.="

gadis pasrah said...

cik linda sentiasa doakan kbhgian cik funna n en adam..aminnnn

rainbowskittle said...

cececeh. lucky you!

mizi said...

sokong...

MASZ said...

suka..suka..sukaaaaaaaaa sesangat entry cmnie..

MiSs StrAnGer said...

betul tuh
hana pown tah la nk ckp pe
nyesal pown xde gune
benda dah jadi
dlu bodo sgt sebb hana menghanco en perasan laki..
kejam x?
hahaha

ymn said...

good artikel

Hazirah Rashid said...

tawu tape.yg no.4 tu,rimas bangat sih!lau laki len komen.die nk komen skali kt bwh tu.tp sweet gk bf jeles2 neyh.ngee hee

♥ Funna ♥ said...

to raji: u hv to do like dis so girls akan rasa d appreciate sgt2 tao..ngueh3

♥ Funna ♥ said...

kak lin: tq~aminnnnnnnnnnnnnnnnnn

♥ Funna ♥ said...

farah n mizi: tq~

♥ Funna ♥ said...

hana: xpe2..buat kan la ia sebagai pengajaran k..wah!makcik wat ayt skema la plak..haha

♥ Funna ♥ said...

hazirah: haha tau xpe..lau kuar detim, hp ni d check satu2 jeles nye sal..tp skng dh tau cara nk handle org mcm ni..yeahhhhh~hehe

little cart00n said...

tapi geramnya tak semua lelaki macam tu!
ego lelaki tingi jugak kadang2..;p

mira the monster said...

thanks sbb bg credit kat kte..
act,bnde ni si dia yg bg kat kte dekat facebook..huhu..die suh kte hayati mksudnye

Bazilah said...

amin! semoga ke jijang pelamin. :D

pilothans said...

sweet...indeed true...haha..

cheers..

Seizer said...

hangpa biler lagi?

♥ Funna ♥ said...

kami insyallah 2thn g kot..tgk duit la..haha

manis said...

artikel ni memg kena betul dgn si dia.
hmmm memang la cinta tapi rimas la kdg2. seyes rase terkongkong sgt.

♥ Funna ♥ said...

manis: mmm tu la kdg2 rasa mcm tu gak..tp sbr je la slagi boleh kan..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog template is created by Funna Ismail