Kawan-kawan ku

Monday, October 25, 2010

Manusia ke binatang ?

Assalammualaikum..

Wah! title yg sgt ganas rite..hahaha..sgt sesuai dgn article yg aku baca kat metro harian ni..

Kencing muka lafaz talak tiga

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.


Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.


Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil.

“Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya.

“Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya.

“Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya.

Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.


woo woo woo wohooooo...mmg dayus la kau ni kan jantan keparat..mmg dasar binatang kencing bersepah2 aish xtau la aku nk ckp ape..ptut d potong je anu ko tu baru ko tau susah nk kncing...hangin la aku tetb kan..mane x nye sbb isteri msk xsedap dia snggup laku kan perbuatan yg paling hina..sumpah aku ckp mmg hina gila prangai si bangsat ni..bukan takat kencing kat muka, dia cukur nye kepala isteri dia pastu lafaz talak 3 lak tu..psycho gila dow laki ni..sumpah kejam!

leh tak aku nk suh incik polis ni bg kebenaran kat si wife nye utk kncing balik kat muka dia..baru la ko tau hina xhina diri tu kene kencing kan..baru ko tau betapa wangi nye air kencing tu kan..hahaha..manusia ngn binatang lbh kurang je de akal dan pemikiran..malah ada manusia seperti ni la kan prngainya lebih teruk dr bintang.. (p/s: kucing aku pun lagi bijak dari ko dow)

eee takut la plak den nak kawin..harap2 la calon suami aku tu seorang yg penyanyang, memahami dan menghargai.." Ya Allah, tolong kau berikan aku jodoh yang baik2 dan pasangan yg menyayangi aku sepenuh hati , memahami, bertolak ansur dan tidak berkelakuan kasar pada diri ku..sesungguh nye aku sgt takut pada keganasan..maka jauh kan la aku dari manusia yg berhati binatang seperti itu.." AMINNNNNNN ya rabbal 'alamin..

2 comments:

Lelaki Liberal said...

aku nak join sekali kencing jt muka die boleh?

♥ Funna ♥ said...

boleh je epol...aku kasi..ko suh die nganga mulut skali ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog template is created by Funna Ismail